~Tanda 40 hari sebelum hari mati ~
Tanda ini akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyutdenyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.
~Tanda 7 Hari Sebelum Mati ~
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
~Tanda 3 Hari Sebelum Mati ~
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
~Tanda 1 Hari Sebelum Mati ~
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
~Tanda Akhir ~
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang
Friday, May 21, 2010
TANDA-TANDA SEBELUM AJAL
di beBEL OLeH jiha at 11:54 PM 0 comments
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
Assalamu'alaikum,
antara ciri-ciri wanita yang solehah adalah:
1. redha dengan suami yang telah di jodohkan dengannya oleh Allah.
2. menjadi isteri yang setia kepada suami sama ada semasa senang atau susah.
3. selalu memohon maaf pada suami jika melakukan sesuatu kesalahan atau perkara yang tidak di redhai oleh suami.
4. sentiasa taat pada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.
5. sentiasa mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.
6. sentiasa menghiburkan hati suami terutama apabila ia berada dalam kesusuahan atau krisauan.
7. melembutkan pandangan serta tunduk di hadapan suami.
8. tidak khianat terhadap harta suami, pakaiannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tiada di rumah.
9. sentiasa menghormati suami, ibu bapa serta keluarga suami.
10. sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.
11. tidak meminta sesuatu yang berlebihan hingga di luar kemampuan suami menyediakannya.
12. menyambut kepulangan suami dengan senyuman, disambut dan dicium tangannya.
13. tidak keluar rumah dengan tanpa izin suami melainkan yang melibatkan untuk mendapatkan ilmu agama.
14. berwangi-wangian ketika suami berada di rumah (berhias).
15. tidak berpuasa sunat ketika suami berada di rumah tanpa izinnya.
Sabda Rasullullah SAW:
"AKU MELIHAT KE DALAM NERAKA, MAKA AKU DAPATI KEBANYAKKAN PENGHUNINYA DARI WANITA-WANITA YANG MENGKUFURI KEBAIKKAN SUAMINYA. JIKA ENGKAU BERBUAT BAIK KEPADA SEORANG DARI MEREKA SEPANJANG MASA, KEMUDIAN IA NAMPAK SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIMU TERHADAPNYA, LALU IA BERKATA: AKU TAK PERNAH SAMA SEKALI MELIHAT KEBAIKAN DARIMU"
(HR: al bukhari)
dan rasullullah juga bersabda:
"jika sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang tentulah aku menyuruh wanita sujud kepada suaminya"
(HR: AT TARMIZI, AHMAD DAN AL HAAKIM)
INGATLAH WAHAI KAUM ISTERI BAHAWA KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI SANGAT BESAR.
wallahu'alam bissowwab
di beBEL OLeH jiha at 11:43 PM 0 comments
TERIMA KASIH YA ALLAH
YA ALLAH YA TUHANKU,,
TERIMA KASIH KERANA ENGKAU TELAH MEMUDAHKAN PERJALANAN HIDUP KAMI
~AMIN~
di beBEL OLeH jiha at 8:31 AM 0 comments
nk pegi melancong~~
huhuhu,,
xsabar nk pergi bercuti,,
nk tenangkan fikiran yang serabut ni,,
best nyerr,,
di beBEL OLeH jiha at 8:09 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Lapar~~
lapar la,,
bile nk dpt gaji ni,,
duit dah xde dah,,,
byk kna pk bulan ni,,
huhuhuhu
lapaR~~
di beBEL OLeH jiha at 9:54 PM 0 comments



